29 May 2011

Akar Fatimah

Last week, parents elly baru balik dari umrah
and, Ibu ada bawakkan Akar Fatimah
sebelum-sebelum ni, kakak & adik elly masa nak dekat-dekat bersalin,
takder pulak rendam akar fatimah ni...
bila elly da pregnant, google-google, terjumpa pasal akar fatimah ni,
and terus pesan kat Ibu, nanti pergi umrah cari akar fatimah untuk elly

Bila akar fatimah ada depan mata,
elly macam confuse plak cara nak guna akar fatimah ni
bila google google, byknya cara dia

since elly da masuk 37 weeks,
so, MIL cakap, dah boleh rendam akar fatimah ni..
Sebelum rendam, basuh bersih-bersih, then rendam dalam air masak ( air untuk diminum)
so, kalau rendam pagi, minum air rendaman tu malam,
and, kalau rendam malam, minum la pagi..
tapi, elly kan kerja, so..rendam pagi, minum malam

Sebelum minum, baca la doa
sebaik-baiknya, baca doa yang sama untuk orang baca doa untuk buat air selusuh

doa-doa yang perlu dibaca adalah :-

1. Surah Al-fatihah
2. Surah al-Hasyr ayat 21-24
3. Selawat Syifa
4. Doa ke 4 "-
5. Doa ke 5-


Sebenarnya, air selusuh ni lebih baik diminum dengan air zam-zam
Jadi, elly buat dua-dua sekali
air zam-zam elly minum,
air rendaman akar fatimah ni pun elly minum
tapi, belum start minum lagi pun...hihi
baru nak bacakan doa..:)

Lepas minum, sapukan air zam-zam @ air rendaman akar fatimah tu secara menurun
dari atas perut ke bawah

Bila da entering 37 weeks,
dalam hati selalu cakap,
kalau baby nak keluar bila-bila pun, elly da ready
sebab sometimes, rasa mcm penat sangat
tapi, kadang-kadang tu, macam terlebih energy plak..hihi

Lately ni, elly rasa macam kepala baby betul-betul dah kat bawah
sebab bila elly duduk, n berdiri
dapat rasa something kat bawah ni
and kelengkang rasa sengal sangat-sangat..

aperpun, elly doa, agar Allah permudahkan semuanya
dan baby, sihat sempurna
InsyaAllah..:)

1 comment:

aDisH.sHidA said...

KAKAK AKAK PERNAH MINUM N USAP DI PERUT UTK BG MUDAH BERANAK NANTI.I'ALLAH...